Islamic Widget

Tuesday, October 28, 2008

:: seuntai kata untuk dirasa ::

assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur dirafa'kan kehadrat ilahi diatas segala kenikmatan yang telah dikurniakan kepada semua makhlukNya berpadanan dengan sifatNya yang ar-rahman dan ar-rahim.Dan diantara nikmat2 yang telah dikurniakan ini, ada satu nikmat yang bukan semua orang dapat merasa dan mendapatnya, hanya jiwa2 yang kental sahaja yang mampu meraihnya; iaitu nikmat iman dan islam.Tiada puji2an yang layak diberikan selain dari Allah swt.

Selawat dan salam buat junjungan mulia,Muhammad bin Abdullah kekasih yang mengasihi dan dikasihi Allah swt, yang mampu melepaskan manusia dari jahanam ke jannah, yang menjadi idola bagi mereka2 yang sayang akan baginda.Kepada kaum keluarga, dan amirul mukminin, pemerintah yang adil, kepada wali2 allah, imam 4 mazhab , para ulama', pemimpin islam, pendokong serta penyokong perjuang islam sekalian.

Hari ini adalah hari yang bersejarah pada diri saya sendiri kerana telah berjaya membina blog saya sendiri. Tujuan blog saya ini dibuat adalah untuk saya melontarkan idea2 yang ada dalam pemikiran saya yang telah dikurniakan Allah swt menerusi pengajian secara formal mahupun tidak formal. Selain dari itu saya rasa ini adalah cara yang terbaik untuk saya mendapat maklumat berkenaan isu semasa dalam dan luar negara selain membanyakkan sahabat2 di dunia maya ini.

Mudah2an sama2 kita mendapat kebaikan dari apa yang telah kita usahakan, yang baik dan buruk semuanya dari Allah swt, seperti lirik lagu Demi Matahari nyanyian kumpulan nasyid terkenal Indonesia; Snada yang berbunyi

Allah mengilhamkan, sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang menyucikannya, merugi bagi yang mengotorinya.

Jazakallah, ilal liqa' wa maassalamah.Assalamulalikum wbt.