Islamic Widget

Tuesday, April 28, 2009

:: Cayok!. Cayok ! La Khauf!

Gambar 1 : Latar Dalam Album.


Gambar 1 : latar Belakang Album.


Gambar 3 : Latar Hadapan Album.


Salam Islah.

Sebagai manusia kita memerlukan tenaga bagi melakukan tugasan seharian. Dan tenaga ini bersumberkan dari makanan yang kita makan seharian. Makanan terbahagi kepada dua; makanan bagi jasmani dan makanan bagi rohani. Antara keduanya, makanan rohani perlu dititiberatkan kerana rohani yang baik akan melahirkan tindakan jasmani yang baik dan sebaliknya. Di antara genre pemakanan rohani yang ada, antaranya ialah nasyid atau hiburan yang mendidik jiwa. Melalui lirik – lirik yang tersusun indah, beserta maksud yang baik – baik dapat memberi kesan yang baik terhadap rohani kita tuntas diterjemahkan melalui tindakan yang baik.

Setelah mendengar melalui telinga dan diamati melalui hati, terbukti bahawa album Di Palang Ini dendangan oleh kumpulan nasyid La Khauf merupakan sajian yang baik bagi rohani yang bermasalah atau rohani yang ingin menambahkan antibodi di dalamnya. Boleh dikatakan ianya adalah sebuah album nasyid berpuisi yang memaksa kita berfikir di luar kota pemikiran biasa kita. Menyelusuri semak – semak keperitan dan kesusahan, membina pengharapan yang menggunung, menyampaikan suara hati yang lama menyepi, penasyid berjaya menyampaikannya dengan kemas tuntas terus menyelinap ke dalam sanubari saya.
Di dalamnya terdapat 10 track; 8 buah lagu dan 2 buah sajak. Antara tajuk – tajuk lagu yang ada dalam album ini seperti, aku ingin bebas, dimanakah ayah, di palang ini, islamku, pesan untuk puteriku, satu hati, tak ku maaf ini dosa , pesona malam dan 2 buah sajak ialah jika aku tidak sempat dan surat dari ayie. Saranan saya, dapatkan album ini kerana, lagu – lagu yang disampaikan begitu indah susunan lagu, muziknya, ditambahkan lagi dengan susunan vokal, suara latar dan harmoni yang mantop. Selain itu ianya juga dapat mentazkiantun nafs kita yang sentiasa berbolak – balik umpama lalang yang ditiup angin agar tegap teguh berdiri, walau ribut datang melanda.
Akhir kata, selamat melayari bahtera perjuangan islam dan tahniah kepada akhi Zahibi, akhi Mizi, dan akhi Marwan kerana berjaya menerbitkan album yang dinanti – nantikan oleh jiwa – jiwa yang sayang akan islam dan keadilan di muka bumi Allah ini.


:: Khabar Angin ::

Salam Islah.

Semenjak dua menjak ini, angin dari segenap penjuru negeri, membawa pengkhabaran bahawa ada teman muslimin dan muslimat yang hendak bertunang, juga ada yang sudah bertunang, dan ada juga yang sudah hendak luput tarikh pertunangannya.
Wah!. Ucapan tahniah saya tujukan kepada teman – teman yang sudah menemui permata dan nakhoda yang dicari selama ini. Jodoh, maut dan pertemuan adalah rahsia Allah S.W.T. Diharapkan kepada mereka yang dalam tempoh pertunangan dapat menjaga perkara – perkara yang perlu dijaga ( dah beso kan?. orak payah ngomong akeh2.). Yang akan tamat tarikh luput pertunangan pula, bak kata orang2 veteren, darahnya manis. Jaga – jaga. Jangan seronok yang melampau – lampau sehingga halal dan haram tidak dijaga.
Bagi teman muslimin yang sudah berkahwin, gunalah peluang ini untuk mengilap permata yang sudah anda miliki secantik – cantiknya kerana tiada masalah bila sudah menjadi suami isteri yang sah, bukan?. Bagi teman muslimat pula, permudahkan urusan suamimu. Dan bagi yang masih mencari, teruskan pencarian anda tetapi jangan sampai lupa tanggugjawb terhadap keluarga, jamaah. Payah – payah sangat hantar je borang kat Baitul Muslim II, biar diorang tolong carikan. Pucuk pangkalnya adakah anda sudah bersedia?. Tepuk dada tanya iman.
Saya doakan semoga teman – teman dikurniakan isteri solehah atau suami soleh yang menjadi penyejuk di mata dan penawar dihati. Selamat mendirikan masjid!.

p/s : Doakan saya juga agar ketemu jodoh solehah yang dapat membantu saya dalam perjuangan ini. Jika anda inginkan saya AFUNDI saya. :-)

:: ahli keluarga baru ::

Salam Islah.


Lumrah kehidupan. Yang banyak akan berkurang. yang sikit akan bertambah. Begitulah yang terjadi ke atas keluarga saya. Yang banyak akan berkurang, kalau dulu kami lima beradik bersama kedua orang tua tinggal sebumbung, kini masing – masing sudah ada komitmen masing – masing; yang dah kawinnya, yang kejenya, yang belajarnya lagi, kini tinggal saya dan kedua orang tua saya saja.. Manakala yang sikit akan bertambah, kini saya tidak akan bosan keseorangan tanpa teman kerana kucing yang entah dari mana datangnya telah selamat melahirkan 4 ekor anaknya. Sebenarnya dah lebih sebulan dah kelahiran mereka, tapi tak sempat nak hebah – hebahkan. Yang pastinya bukan saya bapa mereka. Tapi semenjak mereka dah pandai berlari – lari ni, masalah jugak. Manakan tidak, sedang kita lena tidur masa itu jugaklah mereka main kejar – kejar dalam bilik saya. habis berterabur barang – barang saya. Kadang – kadang saya tak tahan, terus saya sound mereka, “ Woi!. orang nak tido le!”. Serentak dengan itu saya membuat gaya yang cukup mengerunkan bagi menakutkan mereka. Maka dengan gear autonya, mereka bertempliaran lari tanpa tujuan, ada yang masuk ke bilik sebelah, ada yang terus ke bilik air, dan ada juga yang tereksiden dengan dinding. Di kejauhan saya hanya tersenyum melihat telatah mereka berempat. Bukannya sia – sia makhluk yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Subhanalah!.

:: amalulillah ::

Salam Islah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya kecuali
tiga perkara; sedekah jaryah ( sedekah yang berkekalan ), ilmu yang memberi
manfaat dan anak soleh yang mendoakan dia”.
( Riwayat Abu Dawud, Muslim dan Ahmad )

Apakah yang dikatakan sedekah jariah itu?. Ada orang yang menyangka ialah apabila orang datang meminta sedekah diberinya 50 sen, katanya inilah sedekah jariah saya.

Itu bukannya sedekah jariah, itu hanya sedekah, yang tidak jariah. Kiranya sedekahnya itu ikhlas, apabila ia mati, maka pahala sedekahnya itu dibawanyalah bersama ke pusaranya, dan pahala itu tidak datang lagi.

Tetapi yang dikatakan jariah itu ialah setelah meninggal dunia, katakanlah sudah 500 tahun dia bersemadi di pusaranya, tetapi setiap hari pahala sampai kepadanya.

Contohnya seperti kita membina masjid, menegakkan surau, mengadakan rumah anak yatim, bangunan untuk kebajikan amal soleh. Selagi bangunan atau tempat – tempat yang disebut tadi tidak runtuh, maka setiap kali orang beramal menggunakannya, maka setiap itulah kita mendapat ganjaran pahalanya. Mengikut sebanyak mana sedekah yang kita berikan semasa kita hidup di dunia tempoh hari.

Di samping itu hendaklah kita mengetahui yang jariah itu bukannya pahala sahaja, tetapi dosa juga ada yang jariah. Oleh itu kita hendaklah berhati – hati dalam perkara membantu, menyokong atau menderma, jangan sampai kita terjebak dalam perbuatan maksiat, seperti menderma mendirikan dewan tari menari umpamanya, kerana apabila kita meninggal dunia, setiap orang menggunakannya , dan menari di dalamnya, maka setiap itulah kita juga akan menari di dalam kubur. Contoh lain seperti, menyokong filem yang lagho dengan menonton di wayang atau membeli dvd, yang dengan duit kita itu mereka salurkan untuk membikin filem lagho yang lain. So secara automatiknya kita juga ada saham berupa dosa dalam pembikinan filem tersebut.

Perkara inilah yang Allah SWT telah mengingatkan kita yang tersebut di dalam kitab suci Al – Quran yang bermaksud;

“ Bertolong – tolonglah kamu berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu
bertolong – tolongan berbuat dosa dan aniaya”.
( Surah Al – Maidah 2 )

p/s :: Mohon taufik dan hidayah Allah semoga saya dan kita semua terlindung dari sifat – sifat kemunafikan.

Friday, April 10, 2009

:: selamatkan aib saff ::

Salam islah.

Hari jumaat merupakan hari yang begitu hebat. Penghulu segala hari dan tidak akan berlaku kiamat melainkan hari jumaat. Seperti biasa bagi pada hari itu, kaum adam akan berbondong – bondong ke masjid – masjid untuk menunaikan solat jumaat. Di tambah lagi dengan gerai – gerai peniaga kecil di tepi – tepi masjid, memeriahkan lagi suasana di sekitarnya. Selain menambah rezeki, para peniaga juga dapat membantu jamaah – jamaah yang tinggal jauh agar dapat makan tengah hari sambil menanti azan berkumandang. Maka tiada alasan bagi mereka – mereka untuk ponteng solat.

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud;
“ barang siapa yang meninggalkan jumaat 3 kali berturut – turut, maka Allah akan gelapkan hatinya ”.


Seperti biasa kita akan mendengar kutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Pada minggu ini, khatib membacakan kutbah yang berkisar kepada pembinaan sesebuah negara, menyentuh juga aspek kepimpinan dalam islam dan sekitar dengannya. Pandang kanan. Pandang kiri, tak banyak rupanya jamaah yang mai hari ni. Selepas muazim iqamah, maka semua jamaah mula mengambil tempat dan memenuhkan ruang dihadapan. Macam biasa selepas takbir dan membaca al-fatihah, masih lagi terdapat gerakan – gerakan memenuhkan saf yang di hadapan, maka terdapatlah saf – saf yang lompong di kanan, kiri, depan dan belakang. Itulah yang kadang kala mengecewakan diri yang hina ini. Bukan apa, saya pun tak pasti mereka yang sebilangan ini tidak diajar, buat – buat lupa, atau sombong sangat sehingga tidak mahu menutup ‘aib’ saff itu.

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 430)

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 722. Muslim, no. 435) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)


kenapa saya tulis 'aib' saff?. ini adalah bagi saya, saff yang tidak sempurna umpama baju yang dipakai tetapi tidak sempurna sehingga menampakkan sesuatu yang tidak patut dinampakkan kepada khayalak ramai. So marilah sama – sama kita memuhasabah diri kita dan saling ingat – mengingati sesama saudara. Wasalam.

::Insyirah Oh Insyirah::

Salam islah.

“ bukankah Kami telah melapangkan dadamu?. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh – sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

Surah Insyirah ayat 1 hingga 8.

Dalam meniti titian kehidupan ini, kita sering dihidangkan dengan berbagai – bagai menu permasalahan yang terkadang – kala memaksa kita mengerahkan kekuatan fizikal dan mental secara optimam dan maksimum. Setiap individu mempunyai masalahnya yang tersendiri. Harus dihadapi dan diselesaikan. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Masalah tersebut, mungkin sama atau mungkin tidak. Bergantung kepada kehendak Allah dan jiwa individu itu sendiri, kerana ;

“apakah cukup dengan mengatakan kita beriman sedangkan belum diuji”.

Surah al - Ankabut

Tapi jangan mengelabah dan risau tak tentu pasal, ini kerana;

“ Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya”.
Surah at – Talaq : ayat 7

“ Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.
Surah al – Baqarah : ayat 286


Dah tu, usaha le. Cuba cari jalan penyelesaian. Jangan dok menung sana menung sini sebab ;

“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

Surah al – Ra’du : ayat 11


Dan yang paling penting sekali ialah ;

“ Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

Surah insyirah ayat 8.

“ hanya kepada Engkau kami sembah, dan hanya Engkau kami minta
pertolongan”.
Surah al – Fatihah : ayat 5


Rentetan dari itu, usahlah kita keluh kesah dan duka cita seandainya ditimpa musibah yang kita duga apatah lagi yang tidak kita duga kerana ;

1. itu adalah ujian dari Allah swt dalam ujian iman.
2. kita sebenarnya mampu hadapi musibah/kesulitan tersebut.
3. sesudah kesulitan ada kemudahan.
4. usaha dan usaha
5. tawakal tinggi pada Allah.

Itu adalah janji Allah!. Bukan omong – omongan kosong semata – mata. Oleh itu, la tahzan ya ikhwan.

:: Tahniah ::



Rasulallah saw bersabda yang bermaksud;
“ sesiapa yang melantik seseorang menjadi ketua kepada sekumpulan orang sedangkan di dalam kumpulan itu ada orang yang lebih dia redha kepada Allah daripadanya, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya, kumpulan muslimin ( kerana ) tidak melantik orang yang lebih baik itu”. Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Ibn Abbas dan disahkan oleh as-Sayuti.

Dalam hadith dimana baginda berkata kepada Abi Dhar yang bermaksud;
“ kamu adalah lemah sedangkan jawatan ketua itu adalah amanah”.

Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Nasa’i dari Abu Hurairah, Baginda bersabda yang bermaksud;
“ ada 3 orang yang Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari Qiyamat, Allah tidak melihat kepada mereka serta membersihkan mereka. Bagi mereka ialah siksaan yang sangat pedih. Dan seseorang yang dilantik menjadi imam atas dasar dunia semata – mata, jika seseorang memberi kepadanya apa yang ia suka maka dia akan sempurnakan dan jika dia tidak diberi, dia tidak akan sempurnakan ( kehendak ) orang berkenaan”.


Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak diatas kesanggupan memikul amanah Allah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6, mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memerintah Malaysia selama 5 tahun (lebih kurang). Sebagai rakyat Malaysia saya menaruh harapan yang tinggi agar Pak Najib dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mencari formula bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dan barah yang sedang merebak di negara Malaysia yang tercinta ini. Kepada menteri – menteri yang baru dilantik, diharapkan dapat memikul amanah dengan rasa tanggungjawab dan insaf ( pinjam ayat Pak Najib ). Tahniah. Cayok. Cayok.

::kau sahabat kau teman::


Sahabat. Satu kalimah yang cukup sinonim dikalangan ummat islam dulu dan kini yang mengambarkan seseorang individu yang akrab dengan diri kita. Sahabat merupakan penasihat di kala kita tersalah dalam perbuatan dan tindaan kita. Sebagai penenang dikala kerungsingan menerpa diri. Sebagai pembantu dikala bebanan menimbun. Sebagai penunjuk jalan dikala kebuntuan menerjah benak. Teman susah juga senang. Begitulah luasnya pengertian sahabat yang sempat saya coretkan. Mungkin saya betul, mungkin saya salah. Ianya bergantung kepada tafsiran masing – masing. Bagi saya itulah sahabat.

Namun terdapat ruang kosong yang kadang – kala kita lupa atau buat – buat lupa dalam kita membina empayar sesebuah persahabatan. Kita sering kali hanya tertumpu kepada individu ‘sahabat’ itu sahaja, hinggakan kita lupa untuk bersahabat sama dengan mereka – mereka yang ada dalam hidup sahabat kita itu. Ahli keluarga mereka. Ibu bapa mereka. Adalah amat penting untuk kita mengenali ahli keluarga mereka. Seperti kata orang tua saya, ‘ kalau kita berkahwin dengan seseorang itu, kita turut berkahwin dengan ahli keluarga si isteri’. Maksudnya kita turut bertanggungjawab kepada ahli keluarga si isteri tersebut. Begitu juga bersahabat. Bilamana kita menjalinkan persahabatan dengan sahabat kita, secara sedar atau tidak kita juga telah menjalinkan persahabatan dengan ahli keluarga sahabat kita itu. Ini adalah kerana seringkali berlaku pertelingkahan kecil antara kita dengan sahabat kita oleh kerana kita kurang mengenali ahli keluarga sahabat kita. Kadang kala keputusan yang dibuat oleh sahabat kita itu perlu berbalik atau diajukan kepada keluarga dia. Dan bilamana keputusan itu tidak sama seperti kita, nah, berlakulah pertelingkahan yang kadang kala mengeruhkan hubungan antara kita dan sahabat kita.

Apabila kita sudah mengetahui dan mengenali keluarga sahabat kita, maka kita akan dapat tahu kerenah dan perangai ahli keluarga mereka, kemampuan dan keterbatasan mereka, dan sebagainya. Dari situlah kita dapat menyelaraskan sesuatu perkara dengan berkesan.

Ini adalah pendapat peribadi saya. Mungkin boleh diterima, mungkin perlu dikaji atau mungkin perlu di buang ke dalam tong sampah yang berhampiran. Marilah sama – sama kita berusaha menjadi sahabat yang dapat memberi manfaat kepada sahabat kita. Wasalam.

p/s : Ya Allah hadirkanlah sahabat yang mencintai diriku keranaMu. Agar dapat aku
merasa kasih sayangMu darinya .Walaupun hanya secicip kasih sayang
darinya. Serta jadikanlah aku sahabat yang memberi manfaat kepada sahabatku
dan dapat membalas kasih dan sayangnya. Ameen .

Wednesday, April 8, 2009

::Surat untuk aku, dia dan mereka::

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atassegalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah..
Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan di puji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.
Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

p/s~Kesempurnaan adalah kelebihan tetapi ianya bukan hakiki.. Wallahu'alam..