Islamic Widget

Tuesday, September 29, 2009

:: Takwa ? ::

Salam islah.

TAKRIF TAQWA

Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.
Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang
taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa
juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan
taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa
itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang
tidak faham.


Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa.
Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’,
namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya
bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat
kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak
sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi
walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu,
ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati.
Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan
larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan
kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan
apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.
Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat
kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa
yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat
menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.
Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang
taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa
beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata.
Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa
oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan
Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat
dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa
itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan
di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih
dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang
terpokok dalam agama.

Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa
yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan
kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka
taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu
upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati
orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin
ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu
menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang
mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.

TAKRIF

Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu
tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan
bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu
daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa
tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau
khasya.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang
ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti
berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah
ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal
kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini
ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil
Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah
jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau
benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau
benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan
masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.
Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau
pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-
perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan
kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina
sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat
mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai
pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah
itulah usaha ke arah taqwa.


Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah
disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia
adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala
sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih
sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya.
Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah
erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar
ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.
Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan
disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah
Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan
‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia
satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah
diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan
perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah
ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di
mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya
telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.


Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang
yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan
Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu
Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut
dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan
jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan
amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan
dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk,
pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,
tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf,
amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas
kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab
dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah
ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah
dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang
akan selamat di dunia dan di Akhirat.

Thursday, September 24, 2009

:: Memori ::

Salam islah.

Ada seorang india bertanya kepada Harun Din, “tuhan tidak adil sebab orang islam yang amalan baiknya sedikit, tetapi jika mati dalam mengucap kalimah syahadah dan tiada dosa syirik, pasti masuk syurga akhirnya, tapi orang bukan Islam jika beramal soleh dari kecil sampai mati, x buat kejahatan, pasti masuk neraka selamanya, ini tidak adil”. Maka Harun Din jawab dengan tersenyum, “jika kamu seorang petani miskin, tuan kamu bagi kamu cangkul, benih dan sebidang tanah, tuan kamu kata, ‘kamu bertani pada tanahku, cukup bulan aku bagi upah’, tetapi kamu gunakan cangkul dan benih itu untuk bertani pada tanah orang lain, bukan tanah tuan kamu, dan pertanianmu membuahkan hasil, bila cukup bulan kamu minta upah dari tuan kamu, adakah tuan kamu akan memberi upah?”.. dengan jawapan ini sahaja orang india itu berfikir dan akhirnya dia masuk Islam..

Tuesday, September 15, 2009

:: Time - Time Boring ::

Salam Islah,

melukis........





dan melukis...


dan terus melukis.....








Sunday, September 13, 2009

:: MeNgEnaNg, KeNaNgAn YaNg DiKeNaNg ::

SaLaM IsLah...

Kebiasaannya, bila time2 free, tengah duk2 termenung (cari ilham), pasti tidak nostalgia lalu akan singgah sebentar di benak kita. Time tu mula le tersenyum sorang2, tersengih sorang2; ada juga yang berkerut dahi dan ada juga yang sehingga mengalirkan air mata. Tetapi yang pasti, nostalgia lalu memberi 1001 sebab untuk mengapa kita tidak melupakannya. Untuk ke arah positif atau negatif, terserah kepada diri masing2.

Oh ya! Teringat saya pada peristiwa tahun 2006. Time tu waktu petang. Saya dan sahabat saya, Sham tengah bertungkus lumus wat tugasan teknologi woksyop yang perlu di hantar sebelum jam 5 ptg. Cuaca agak mendung masa itu. Alhamdulillah tugasan kami siap. Jam hampir pukul 5 ptg. Apa lagi, dengan segera saya dan Sham mencapai topi menuju ke skuter saya, lalu memecut dengan agak lajunya. Sampai di pekan T.C, tiba2.......


Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Sahabat
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar

...motor yang tadinya meluncur laju bersama dengan deruan enjen, kemudiannya meluncur dengan tanpa deruan enjin. Alamak!. Apa pulak probleam ni?. Ya Allah dugaan apakah ini?. Hati kami berbisik. Mujur kejadian berlaku dekat kawasan pekan. Kami pun sorongle skuter pegi kedai baiki motor. Sambil tu saya pegi cari mesin atm, nak cucuk duit. Mana tau kot2 teruk rosaknya, mesti guna duit banyak. Masa tu Sham tunggu kat woksyop. Lepas saja cucuk duit, saya terus menuju ke woksyop. Saya tengok muka Sham agak selamba sambil tangannya memegang botol yang agak usang. Kenapa Sham?. Apa yang rosak?. Tanyaku bertubi2, mohon kepastian. " Ni ha!. Tokey tu bagi botol kat ana ni suruh isi minyak. Minyak kering la sheikh. Enta ni. Saya hanya mampu mengukir senyuman yang ala2 kerang busuk. Habis isi minyak, kami terus pecut muntuk menghantar tugasan. Sampai sekarang saya tak ingat n pasti, kami sempat hantar tugasan atau tidak. Nanti tanya saham la, mungkin dia ingat kot.... Kami pun apa lagi, dari woksyop sampai hantar tugasan hanya mampu ketawa.Ha..Ha...Ha....

p/s : Ya Allah, begitu indahnya peristiwa yang Engkau rencanakan kepada hambaMu ini sebagai kenangan bersama seorang sahabat. Ya Allah, semoga kami sentisa berada di bawah rahmatMu. Amin..

:: SeMoGa KiTa SeLaMaT SaMpai KePaDanYa::

Masjid Blogger Template

Masjid Blogger Template

Shared via AddThis

Saturday, September 12, 2009

:: Nasyid uitm Sri Iskandar,....Mereka Memang Best ::

Salam islah...

Saya berkesempatan bertemu dan bersaing dengan mereka pada Pertandingn Nasyid Peringkat Negeri Perak di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar. Saya ingatkan diorang ni team biasa je, rupa - rupanya mereka bukan calang - calang team nasyid. Banyak mendapat undangan persembahan dan banyak memasuki pertandingan dan memenangi pertandingan.

Di bawah ini adalah persembahan mereka ketika Pertandingan Tilawah Al Quran yang diadakan di UTP Perak.