Islamic Widget

Saturday, July 18, 2009

:: Lembaran Baru Sudah Bermula::

Salam islah,
Assalamualaikum wbt.
Sudah agak lama tidak melapangkan masa mengemaskini blog ini. Untuk pengetahuan kini sudah seminggu saya berada di dunia yang baru dan secara automatiknya portfolio saya bertambah satu. Saya sudah mendapat kerja di sebuah company. Tetapi secara sambilan. Alhamdulillah buat masa ini prestasi saya baik. Antara kerja yang saya buat pada masa ini antaranya mengemaskini data, memeriksa dokumen dan lain - lain yang melibatkan dokumen. Pada mulanya agak pening - pening kerana terpaksa menghadapi bertimbun - timbun kertas atas meja. Semakin lama kerja tu semakin seronok untuk saya kendalikan kerana sudah faham untuk melakukannya dan sudah sebati dalam jiwa saya dan yang paling penting itu merupakan amanah Allah swt. Saya bertekad dalam hati saya, yang saya tidak akan sekali - kali memberi peluang untuk saya terjerumus ke lembah istidraj tuntas menyebabkan saya menjadi futur atas amanah ini.
Futur merupakan penyakit yang pernah saya alami. Dan saya tidak mahu lagi menghidapinya lagi. Biarlah ianya akan menjadi sempadan agar saya tidak tersalah rentak dan langkah dalam percaturan dunia yang serba rumit dan melemaskan ini. Kini langkah saya semakin berhati - hati. Mudah - mudahan Allah sentiasa memelihara saya.
Berbalik kepada kerja, perjalanan ke tempak kerja mengambil masa selama 30 minit. Itu kalau saya naik motor. Kalau naik kereta pasti lebih dari 30 minit. Masuk kerja jam 8, keluar jam 5. Saya diselia oleh seorang akak. Akak tu best, ceria dan tak banyak kerenah. Pada minggu pertama saya kurang bercakap dengan member - member, biasalatu segan - segan lagi. Ada satu hari ada member tanya; kenapa saya tak nak masuk dengan diorang, sembang2, gurau2?. Saya pun jawab; " bukan saya tak nak masuk tapi saya jenis yang agak pendiam, dan saya akan sembang bila ada perkara yang perlu sahaja. Lagipun saya sedang buat kerja". Saya tambah lagi; " Tapi kalau ada perbincangan saya akan beri komitmen 101 %!". tegas saya. Dia pun anguk - anguk. Faham atau tidak terserah pada dia.
Pernah satu ketika ada sorang brother ni mai waktu saya tengah wat kerja, tiba2 amik gambar saya. Katanya nak wat simpanan. Saya pun beri ekspresi yang baik. Lepas ambik dia pi kat kawan - kawan dia. Selang beberapa minit dengar bunyi orang ketawa secara jamaah. Ha! Ha! Ha!. Saya mula tak sedap hati. Dalam hati, saya cuba untuk husnuzon. Tiba - tiba diorang mai kat meja saya sambil ambik gambar diorang. Dan saya lihat apa yang diorang buat ialah mengubah struktur muka yang diambik dengan telefon berkamera diorang. Pas tu gelak. Baru saya faham. Tapi saya buat selamba sambil gelak2 sama diorang. Dan nak jadi cerita brother yang amik gambar saya duk tepi saya. Saya perasan dia macam serba salah. Saya yang masa tu tengah dengar mp3, tup2 lagu Mentari Bersinar Kembali nyanyian kumpulan Haikal dan pas tu pulak lagu Layar Keinsafan nyanyian Mestica. Apa lagi, termenung panjang brother tu. Naik merah mata dia dibuatnya. Saya pun tak pasti apa yang bermain di benaknya. Mudah2an terkesan di hatinya.
Yang bestnya tiap hari jumaat semua staff akan berkumpul untuk bacaan yasin. Cerita pasal bacaan yasin ni, ari jumaat itu hari saya punyala pakai lengkap baju melayu siap sampin dan songkok ( kupiah tak boleh pakai ), tiba time nak baca yasin apa lagi diorang pun suruh saya pimpin. Saya pun apa lagi tanpa pandang belakang saya pergi ke hadapan dan mengetuai bacaan yasin. Lepas dari itu baru diorang mulai masuk dengan saya dan saya pun ambil peluang itu untuk mendekati mereka. Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala percaturannya. Saya akan ambil peluang keemasan ini. Tidak akan saya sia - siakan lagi peluang Allah ini.