Islamic Widget

Thursday, May 7, 2009

Peringatan Imam Al-Ghazali

Salam Islah.

Antara Ilmu dan Amal

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya;

Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya; ia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada katan dengan dirinya.Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan di dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal di kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur empat puluh tahun, sedangkan amalan kebaikannya terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”

Sabda Rasulullah bemaksud;

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merendah diri, and beamal sebagai bekalannya selepas mati. Orang yang bodoh pula ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharap-harap kebaikan daripada Allah tanpa usaha.”

Anakku;

Berapa banyakkah malam-malam yang kamu penuhi dengan ersengkang mata menelaah kitab, tanpa mengetahui apakah niatmu yang mendrong kamu berbuat demikian?

Sekiranya niatmu hanya utuk mendapatkan kesenangan dunia dan sanjungan manusia, maka benar-benar celakalah kamu.

Tetapi, sekiranya niatmu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhamad s.a.w, membentuk akhlakmu da mengandung nafsu amarahmu, sesungguhnya akan bebahagialah kamu. Benar sekali kata-kata penyair;

Besengkang mata bukan kerana-Mu tiada guna

Titisan air mata bukan rindu-Mu hanya dosa

Anakku;

Kecapilah kehidupan ini semahu-mahunya, kerana kematian aka pasti mendatang. Cintailah sesiapa sahaja, kau akan tetap berpisah dengannya. Lakukan segala apa yang mahu, ganjarannya akan pasti engkau terima.

Anakku;

Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. Ketahuilah ilmu tidak akan memudahkan kamu melakukan kebaikan. Ilmu juga tidak akan menjauhkan dirimu adri neraka kelak. Sekiranya engkau tidak beramal ari ini, atau pada masa lapau yang tidak akan kembali, maka di hari kiamat nanti kamu aka berkata,”Kebalikan ami ke dunia, kami ingin beramal soleh!”

Akan dikatan kepadamu,”Wahai bodoh, sememangnya dari sana engkau kemari!”

0 KoMeN: