Islamic Widget

Friday, April 10, 2009

:: selamatkan aib saff ::

Salam islah.

Hari jumaat merupakan hari yang begitu hebat. Penghulu segala hari dan tidak akan berlaku kiamat melainkan hari jumaat. Seperti biasa bagi pada hari itu, kaum adam akan berbondong – bondong ke masjid – masjid untuk menunaikan solat jumaat. Di tambah lagi dengan gerai – gerai peniaga kecil di tepi – tepi masjid, memeriahkan lagi suasana di sekitarnya. Selain menambah rezeki, para peniaga juga dapat membantu jamaah – jamaah yang tinggal jauh agar dapat makan tengah hari sambil menanti azan berkumandang. Maka tiada alasan bagi mereka – mereka untuk ponteng solat.

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud;
“ barang siapa yang meninggalkan jumaat 3 kali berturut – turut, maka Allah akan gelapkan hatinya ”.


Seperti biasa kita akan mendengar kutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Pada minggu ini, khatib membacakan kutbah yang berkisar kepada pembinaan sesebuah negara, menyentuh juga aspek kepimpinan dalam islam dan sekitar dengannya. Pandang kanan. Pandang kiri, tak banyak rupanya jamaah yang mai hari ni. Selepas muazim iqamah, maka semua jamaah mula mengambil tempat dan memenuhkan ruang dihadapan. Macam biasa selepas takbir dan membaca al-fatihah, masih lagi terdapat gerakan – gerakan memenuhkan saf yang di hadapan, maka terdapatlah saf – saf yang lompong di kanan, kiri, depan dan belakang. Itulah yang kadang kala mengecewakan diri yang hina ini. Bukan apa, saya pun tak pasti mereka yang sebilangan ini tidak diajar, buat – buat lupa, atau sombong sangat sehingga tidak mahu menutup ‘aib’ saff itu.

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 430)

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 722. Muslim, no. 435) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)


kenapa saya tulis 'aib' saff?. ini adalah bagi saya, saff yang tidak sempurna umpama baju yang dipakai tetapi tidak sempurna sehingga menampakkan sesuatu yang tidak patut dinampakkan kepada khayalak ramai. So marilah sama – sama kita memuhasabah diri kita dan saling ingat – mengingati sesama saudara. Wasalam.

0 KoMeN: