Salam Islah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya kecuali
tiga perkara; sedekah jaryah ( sedekah yang berkekalan ), ilmu yang memberi
manfaat dan anak soleh yang mendoakan dia”.
( Riwayat Abu Dawud, Muslim dan Ahmad )
Apakah yang dikatakan sedekah jariah itu?. Ada orang yang menyangka ialah apabila orang datang meminta sedekah diberinya 50 sen, katanya inilah sedekah jariah saya.
Itu bukannya sedekah jariah, itu hanya sedekah, yang tidak jariah. Kiranya sedekahnya itu ikhlas, apabila ia mati, maka pahala sedekahnya itu dibawanyalah bersama ke pusaranya, dan pahala itu tidak datang lagi.
Tetapi yang dikatakan jariah itu ialah setelah meninggal dunia, katakanlah sudah 500 tahun dia bersemadi di pusaranya, tetapi setiap hari pahala sampai kepadanya.
Contohnya seperti kita membina masjid, menegakkan surau, mengadakan rumah anak yatim, bangunan untuk kebajikan amal soleh. Selagi bangunan atau tempat – tempat yang disebut tadi tidak runtuh, maka setiap kali orang beramal menggunakannya, maka setiap itulah kita mendapat ganjaran pahalanya. Mengikut sebanyak mana sedekah yang kita berikan semasa kita hidup di dunia tempoh hari.
Di samping itu hendaklah kita mengetahui yang jariah itu bukannya pahala sahaja, tetapi dosa juga ada yang jariah. Oleh itu kita hendaklah berhati – hati dalam perkara membantu, menyokong atau menderma, jangan sampai kita terjebak dalam perbuatan maksiat, seperti menderma mendirikan dewan tari menari umpamanya, kerana apabila kita meninggal dunia, setiap orang menggunakannya , dan menari di dalamnya, maka setiap itulah kita juga akan menari di dalam kubur. Contoh lain seperti, menyokong filem yang lagho dengan menonton di wayang atau membeli dvd, yang dengan duit kita itu mereka salurkan untuk membikin filem lagho yang lain. So secara automatiknya kita juga ada saham berupa dosa dalam pembikinan filem tersebut.
Perkara inilah yang Allah SWT telah mengingatkan kita yang tersebut di dalam kitab suci Al – Quran yang bermaksud;
“ Bertolong – tolonglah kamu berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu
bertolong – tolongan berbuat dosa dan aniaya”.
( Surah Al – Maidah 2 )
p/s :: Mohon taufik dan hidayah Allah semoga saya dan kita semua terlindung dari sifat – sifat kemunafikan.
0 KoMeN:
Post a Comment