Sahabat. Satu kalimah yang cukup sinonim dikalangan ummat islam dulu dan kini yang mengambarkan seseorang individu yang akrab dengan diri kita. Sahabat merupakan penasihat di kala kita tersalah dalam perbuatan dan tindaan kita. Sebagai penenang dikala kerungsingan menerpa diri. Sebagai pembantu dikala bebanan menimbun. Sebagai penunjuk jalan dikala kebuntuan menerjah benak. Teman susah juga senang. Begitulah luasnya pengertian sahabat yang sempat saya coretkan. Mungkin saya betul, mungkin saya salah. Ianya bergantung kepada tafsiran masing – masing. Bagi saya itulah sahabat.
Namun terdapat ruang kosong yang kadang – kala kita lupa atau buat – buat lupa dalam kita membina empayar sesebuah persahabatan. Kita sering kali hanya tertumpu kepada individu ‘sahabat’ itu sahaja, hinggakan kita lupa untuk bersahabat sama dengan mereka – mereka yang ada dalam hidup sahabat kita itu. Ahli keluarga mereka. Ibu bapa mereka. Adalah amat penting untuk kita mengenali ahli keluarga mereka. Seperti kata orang tua saya, ‘ kalau kita berkahwin dengan seseorang itu, kita turut berkahwin dengan ahli keluarga si isteri’. Maksudnya kita turut bertanggungjawab kepada ahli keluarga si isteri tersebut. Begitu juga bersahabat. Bilamana kita menjalinkan persahabatan dengan sahabat kita, secara sedar atau tidak kita juga telah menjalinkan persahabatan dengan ahli keluarga sahabat kita itu. Ini adalah kerana seringkali berlaku pertelingkahan kecil antara kita dengan sahabat kita oleh kerana kita kurang mengenali ahli keluarga sahabat kita. Kadang kala keputusan yang dibuat oleh sahabat kita itu perlu berbalik atau diajukan kepada keluarga dia. Dan bilamana keputusan itu tidak sama seperti kita, nah, berlakulah pertelingkahan yang kadang kala mengeruhkan hubungan antara kita dan sahabat kita.
Apabila kita sudah mengetahui dan mengenali keluarga sahabat kita, maka kita akan dapat tahu kerenah dan perangai ahli keluarga mereka, kemampuan dan keterbatasan mereka, dan sebagainya. Dari situlah kita dapat menyelaraskan sesuatu perkara dengan berkesan.
Ini adalah pendapat peribadi saya. Mungkin boleh diterima, mungkin perlu dikaji atau mungkin perlu di buang ke dalam tong sampah yang berhampiran. Marilah sama – sama kita berusaha menjadi sahabat yang dapat memberi manfaat kepada sahabat kita. Wasalam.
p/s : Ya Allah hadirkanlah sahabat yang mencintai diriku keranaMu. Agar dapat aku
merasa kasih sayangMu darinya .Walaupun hanya secicip kasih sayang
darinya. Serta jadikanlah aku sahabat yang memberi manfaat kepada sahabatku
dan dapat membalas kasih dan sayangnya. Ameen .

0 KoMeN:
Post a Comment