Islamic Widget

Tuesday, April 28, 2009

:: Cayok!. Cayok ! La Khauf!

Gambar 1 : Latar Dalam Album.


Gambar 1 : latar Belakang Album.


Gambar 3 : Latar Hadapan Album.


Salam Islah.

Sebagai manusia kita memerlukan tenaga bagi melakukan tugasan seharian. Dan tenaga ini bersumberkan dari makanan yang kita makan seharian. Makanan terbahagi kepada dua; makanan bagi jasmani dan makanan bagi rohani. Antara keduanya, makanan rohani perlu dititiberatkan kerana rohani yang baik akan melahirkan tindakan jasmani yang baik dan sebaliknya. Di antara genre pemakanan rohani yang ada, antaranya ialah nasyid atau hiburan yang mendidik jiwa. Melalui lirik – lirik yang tersusun indah, beserta maksud yang baik – baik dapat memberi kesan yang baik terhadap rohani kita tuntas diterjemahkan melalui tindakan yang baik.

Setelah mendengar melalui telinga dan diamati melalui hati, terbukti bahawa album Di Palang Ini dendangan oleh kumpulan nasyid La Khauf merupakan sajian yang baik bagi rohani yang bermasalah atau rohani yang ingin menambahkan antibodi di dalamnya. Boleh dikatakan ianya adalah sebuah album nasyid berpuisi yang memaksa kita berfikir di luar kota pemikiran biasa kita. Menyelusuri semak – semak keperitan dan kesusahan, membina pengharapan yang menggunung, menyampaikan suara hati yang lama menyepi, penasyid berjaya menyampaikannya dengan kemas tuntas terus menyelinap ke dalam sanubari saya.
Di dalamnya terdapat 10 track; 8 buah lagu dan 2 buah sajak. Antara tajuk – tajuk lagu yang ada dalam album ini seperti, aku ingin bebas, dimanakah ayah, di palang ini, islamku, pesan untuk puteriku, satu hati, tak ku maaf ini dosa , pesona malam dan 2 buah sajak ialah jika aku tidak sempat dan surat dari ayie. Saranan saya, dapatkan album ini kerana, lagu – lagu yang disampaikan begitu indah susunan lagu, muziknya, ditambahkan lagi dengan susunan vokal, suara latar dan harmoni yang mantop. Selain itu ianya juga dapat mentazkiantun nafs kita yang sentiasa berbolak – balik umpama lalang yang ditiup angin agar tegap teguh berdiri, walau ribut datang melanda.
Akhir kata, selamat melayari bahtera perjuangan islam dan tahniah kepada akhi Zahibi, akhi Mizi, dan akhi Marwan kerana berjaya menerbitkan album yang dinanti – nantikan oleh jiwa – jiwa yang sayang akan islam dan keadilan di muka bumi Allah ini.


0 KoMeN: