Islamic Widget

Friday, April 10, 2009

::Insyirah Oh Insyirah::

Salam islah.

“ bukankah Kami telah melapangkan dadamu?. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh – sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

Surah Insyirah ayat 1 hingga 8.

Dalam meniti titian kehidupan ini, kita sering dihidangkan dengan berbagai – bagai menu permasalahan yang terkadang – kala memaksa kita mengerahkan kekuatan fizikal dan mental secara optimam dan maksimum. Setiap individu mempunyai masalahnya yang tersendiri. Harus dihadapi dan diselesaikan. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Masalah tersebut, mungkin sama atau mungkin tidak. Bergantung kepada kehendak Allah dan jiwa individu itu sendiri, kerana ;

“apakah cukup dengan mengatakan kita beriman sedangkan belum diuji”.

Surah al - Ankabut

Tapi jangan mengelabah dan risau tak tentu pasal, ini kerana;

“ Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya”.
Surah at – Talaq : ayat 7

“ Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.
Surah al – Baqarah : ayat 286


Dah tu, usaha le. Cuba cari jalan penyelesaian. Jangan dok menung sana menung sini sebab ;

“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

Surah al – Ra’du : ayat 11


Dan yang paling penting sekali ialah ;

“ Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

Surah insyirah ayat 8.

“ hanya kepada Engkau kami sembah, dan hanya Engkau kami minta
pertolongan”.
Surah al – Fatihah : ayat 5


Rentetan dari itu, usahlah kita keluh kesah dan duka cita seandainya ditimpa musibah yang kita duga apatah lagi yang tidak kita duga kerana ;

1. itu adalah ujian dari Allah swt dalam ujian iman.
2. kita sebenarnya mampu hadapi musibah/kesulitan tersebut.
3. sesudah kesulitan ada kemudahan.
4. usaha dan usaha
5. tawakal tinggi pada Allah.

Itu adalah janji Allah!. Bukan omong – omongan kosong semata – mata. Oleh itu, la tahzan ya ikhwan.

0 KoMeN: