Salam Islah.
Lumrah kehidupan. Yang banyak akan berkurang. yang sikit akan bertambah. Begitulah yang terjadi ke atas keluarga saya. Yang banyak akan berkurang, kalau dulu kami lima beradik bersama kedua orang tua tinggal sebumbung, kini masing – masing sudah ada komitmen masing – masing; yang dah kawinnya, yang kejenya, yang belajarnya lagi, kini tinggal saya dan kedua orang tua saya saja.. Manakala yang sikit akan bertambah, kini saya tidak akan bosan keseorangan tanpa teman kerana kucing yang entah dari mana datangnya telah selamat melahirkan 4 ekor anaknya. Sebenarnya dah lebih sebulan dah kelahiran mereka, tapi tak sempat nak hebah – hebahkan. Yang pastinya bukan saya bapa mereka. Tapi semenjak mereka dah pandai berlari – lari ni, masalah jugak. Manakan tidak, sedang kita lena tidur masa itu jugaklah mereka main kejar – kejar dalam bilik saya. habis berterabur barang – barang saya. Kadang – kadang saya tak tahan, terus saya sound mereka, “ Woi!. orang nak tido le!”. Serentak dengan itu saya membuat gaya yang cukup mengerunkan bagi menakutkan mereka. Maka dengan gear autonya, mereka bertempliaran lari tanpa tujuan, ada yang masuk ke bilik sebelah, ada yang terus ke bilik air, dan ada juga yang tereksiden dengan dinding. Di kejauhan saya hanya tersenyum melihat telatah mereka berempat. Bukannya sia – sia makhluk yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Subhanalah!.
0 KoMeN:
Post a Comment